Syukran Ya RaBB...


Saya hanyalah insan yang masih lagi mencari sinar keredhaanNya..Saya bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang anak seorang ustaz mahupun ustazah.Semuanya berlaku ketika saya mula ditinggalkan oleh orang-orang yang saya sayangi termasuk berkaitan lelaki yang bukan muhrim.Erti kata lain 'couple'.


Ya..saya adalah salah seorang manusia yang tidak lari dari istilah couple.Tapi Alhamdulillah..pada bulan ramadhan yang lepas Allah telah membuka pintu hati supaya kembali ke jalan yang diredhaiNya..Saya mula sedar jodoh Allah da tetapkan untuk setiap hambaNya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Setiap kali usai solat,tangan ku tadah mohon kepadaNya moga diberi petunjuk dan hidayah milikNya..Alhamdulillah lama kelamaan saya mula sedar doa saya dimakbulkan.Hati ini mudah tersentuh apabila mendengar alunan zikir memuji kebesaran Allah..Hati menjadi teang tatkala meluahkan segala rasa hati kepada Yang Maha Mencipta seusai solat malam.Subhanallah..

Sedikit demi sedikit saya mula mencari makna sebenarnya kehidupan..yang dahulu hanya mencari redha manusia,kini lebih tenang dengan mencari redha yang sebenar-benarnya.Terasa seolah olah Dia sentiasa menemani.

Seketika dahulu saya pernah menjadi mangsa fesyen.Terikut-ikut dengan rakan sepengajian.Hanya untuk menampakkan cantik dimata lelaki yang bukan muhrim.Aurat tidak ditutupi dengan sempurna.Alhamdulillah..kini pakaian saya lebih kepada kepujian dariNya.Setiap kali hendak melangkah keluar dari pintu rumah..saya akan pastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan melepasi paras dada,stokin pada kaki,handsock pada lengan,dan seluar yang tidak menampakkan susuk tubuh.


Alhamdulillah..biar pada mulanya agak sukar kerana sudah terbiasa dengan kehidupan yang lama,tapi kini sudah menjadi kebiasaan.Rasa tidak lengkap pula jika tinggalkan salah satu darinya.Dengan perpakaian seperti ini,saya rasa selamat dan rasa harga diri lebih berharga.Terasa sentiasa dilindungi walaupun saya berjalan seorang diri.

Setiap kali saya berselisih dengan mereka yang juga seperti saya (memakai tudung labuh),seolah-olah terjalin hubungan akrab.Mereka senyum dan memberi salam kepada saya.Ketika saya pernah berpakaian tidak tutup aurat dengan sempurna seperti dulu,timbul dan terdetik rasa malu dihati ni bila bertemu dengan mereka-mereka yang berpakaian yang ditutup dengan sempurna.Syukran ya Allah atas kesedaran ini.

Sungguh indah agamaMu ini.Tiada yang cacat celaNya.Sebak bila mengenangkan anugerah yang Allah kurniakan ini.Masih banyak lagi perkara yang perlu dibaiki.Semoga saya terus istiqamah untuk bermujahadah mencari keredhaanNya.

Doakan saya ya sahabat...  :)


Muhasabah saban hari...Istiqamah setiap Hari....tanamkan Taqwa dlm diri....Insya Allah..Terjaga segala Akhlak itu nanti.

(semoga diriku kekal sebegin..amin)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment