Syukran Ya RaBB...


Saya hanyalah insan yang masih lagi mencari sinar keredhaanNya..Saya bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang anak seorang ustaz mahupun ustazah.Semuanya berlaku ketika saya mula ditinggalkan oleh orang-orang yang saya sayangi termasuk berkaitan lelaki yang bukan muhrim.Erti kata lain 'couple'.


Ya..saya adalah salah seorang manusia yang tidak lari dari istilah couple.Tapi Alhamdulillah..pada bulan ramadhan yang lepas Allah telah membuka pintu hati supaya kembali ke jalan yang diredhaiNya..Saya mula sedar jodoh Allah da tetapkan untuk setiap hambaNya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Setiap kali usai solat,tangan ku tadah mohon kepadaNya moga diberi petunjuk dan hidayah milikNya..Alhamdulillah lama kelamaan saya mula sedar doa saya dimakbulkan.Hati ini mudah tersentuh apabila mendengar alunan zikir memuji kebesaran Allah..Hati menjadi teang tatkala meluahkan segala rasa hati kepada Yang Maha Mencipta seusai solat malam.Subhanallah..

Sedikit demi sedikit saya mula mencari makna sebenarnya kehidupan..yang dahulu hanya mencari redha manusia,kini lebih tenang dengan mencari redha yang sebenar-benarnya.Terasa seolah olah Dia sentiasa menemani.

Seketika dahulu saya pernah menjadi mangsa fesyen.Terikut-ikut dengan rakan sepengajian.Hanya untuk menampakkan cantik dimata lelaki yang bukan muhrim.Aurat tidak ditutupi dengan sempurna.Alhamdulillah..kini pakaian saya lebih kepada kepujian dariNya.Setiap kali hendak melangkah keluar dari pintu rumah..saya akan pastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan melepasi paras dada,stokin pada kaki,handsock pada lengan,dan seluar yang tidak menampakkan susuk tubuh.


Alhamdulillah..biar pada mulanya agak sukar kerana sudah terbiasa dengan kehidupan yang lama,tapi kini sudah menjadi kebiasaan.Rasa tidak lengkap pula jika tinggalkan salah satu darinya.Dengan perpakaian seperti ini,saya rasa selamat dan rasa harga diri lebih berharga.Terasa sentiasa dilindungi walaupun saya berjalan seorang diri.

Setiap kali saya berselisih dengan mereka yang juga seperti saya (memakai tudung labuh),seolah-olah terjalin hubungan akrab.Mereka senyum dan memberi salam kepada saya.Ketika saya pernah berpakaian tidak tutup aurat dengan sempurna seperti dulu,timbul dan terdetik rasa malu dihati ni bila bertemu dengan mereka-mereka yang berpakaian yang ditutup dengan sempurna.Syukran ya Allah atas kesedaran ini.

Sungguh indah agamaMu ini.Tiada yang cacat celaNya.Sebak bila mengenangkan anugerah yang Allah kurniakan ini.Masih banyak lagi perkara yang perlu dibaiki.Semoga saya terus istiqamah untuk bermujahadah mencari keredhaanNya.

Doakan saya ya sahabat...  :)


Muhasabah saban hari...Istiqamah setiap Hari....tanamkan Taqwa dlm diri....Insya Allah..Terjaga segala Akhlak itu nanti.

(semoga diriku kekal sebegin..amin)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Diriku di bumi Kolej Kejururawatan Seremban/Kuala Pilah..


(KKS..dikenang)

Selepas diriku melangkah keluar dari Maahad Muhammadi Perempuan..dengan keputusan SPM pd tahun 2008 yang sederhana sahaja..diriku membuat keputusan untuk menerusi bidang pelajaran yang setaraf dengan kemampuan diri saja..bermacam2 tawaran cuba ku isi..takut terlepas peluang..spa8,maktab perguruan dan pengisian kemasukan UPU turut ku isi..dalam hati still mengharapkan dapat melanjutkan pelajaran ke tempat yang mempunyai pengajian agama seperti USIM,UIA dan UNISZA..tp pada mula diriku tiada rezki di tempat pengajian yang ku harapkan..

Allah SWT Maha Mengetahui apa yang baik untuk hambaNya..diriku mendapat tawaran spa8 terlebih dahulu..dan yang lain aku tidak berjaya..dan ku mendapat surat tawaran ke KOLEJ KEJURURAWATAN SEREMBAN..dan perasaan yang tidak rela hati aku melangkah pergi..

(hari kemasukan pelajar baru..papaku dan akak ku dalam gambar)

Sampai sekarang masih tidak lupa tentang sapanjang minggu orientasi untuk pelajar baru di KKS..yela..tak pernah berjauhan dari umi dan keluarga..boleh dikatakan agak SYADID juga..orientasi ni diuruskan oleh mtp kolej..senior yang garang..ada juga sahabat yang menangis sebab tak nak teruskan pengajian disana..
terhibur pula bila diingatkan kembali..seminggu selepas orientasi,ku dapat tawaran pelajaran dalam bidang nursing juga di UNISZA..tapi demi memikirkan keuntungan dan elak untuk menanggung hutang PTPTN,ku mengabaikan tawaran tersebut dan teruskan pengajian di KKS..

(Puan Tan..pengajar ECG kami..hehehe..jgn marah puan yer..)

Bila da naik sem 2..kami masih lagi tak dapat menjadi senior sebab intake selepas kami tidak ada..tapi ukhwah kami mula terbina..cuba bersatu demi melepasi kesusahan..yang paling diriku tidak boleh lupa adalah group kami menentang cara pembelajaran Puan Tan..dia mengajar kami cardivascular (CVS) yang tidak difahami..erti kata lain penyakit berkaitan dengan jantung..itu adalah subjek yang membuatkan kami sangat tension..kami cuba bawa bincang dan mengadu kepada pengajar kami yang lain tentang masalah kami..kesian pula rasanya pada Puan Tan..dia cuba untuk yang terbaik..tapi kami tetap tidak dapat memahami apa yang diajar olehnya..maapkan kami ye Puan..

                                                          (Group 2/2009 kks/kkkp)
Sebenarnya banyak sangat kenangan disana sampai tak tahu nak ceritakan yang mana satu..tapi nak diringkas cerita lagi..bila da naik sem 6..kami adalah super senior..tinggal 6 bulan saja lagi untuk menamatkan pengajian di KKS..lupa pulak..dah tak jadi kks da..tapi KKKP (Kolej Kejururawatan Kuala Pilah)..kami diminta balik ke kolej seminggu awal sebelum kelas bermula pada awal sem sebab kami diminta untuk berpindah kolej.bangunan .kolej asal kami di seremban dulu adalah hak hospital..so..nak taknak kena pindah juga..paling dibanggakan bila group kami cuba pindahkan kesemua barang yang ada kat kolej dengan tenaga  kami yang seramai 41 orang sahaja..bangga pula rasa..

Sekarang diriku bakal graduasi pada bulan 10 nanti..tak lama lagi kami akan dapat posting..tak tahu lagi penempatan kami WALLAHUALAM..cuma harap2 dapat dekat-dekat je ngan negeri asalku ni..

(KKKP yang berdiri megah)

terima kasih KKKP kerana melahirkan insan yang bakal bergelar staffnurse..insyaAllah moga-moga memberkati rezki yang Allah limpahkan keatas kami..tiada apa yang lebih baik melainkan Engakau melimpahkan kami rezki yang datang hasilnya halal..

  



semoga ketemu kita nanti pada hari kita bergelar graduasi ye sahabat-sahabat kalian..




(azuraida,suhaidah dan siti nazirah..rakan karibku)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments4

Maahad Muhammadi Perempuan..dekat d hatiku...


Alhamdulillah..syukur kpdMu Ya RAbb kerana diberi kesihatan yang baik untuk hambaMu ini teruskan kehidupan seperti biasa..

Sesungguhnya ku mensyukuri dengan nikmat yang Allah swt. berikan kepada harini..
Kerana Allah telah memberikan satu kesedaran tentang pentingnya mengamalkan kehidupan mengikut Islam telah tetapkan..
Syukran ya Allah..kerana tidak membiarkan diriku berterusan hanyut dengan kehidupan duniawi yang sementara...kerana ku tidak sanggup untuk merasakan kesengsaraan api nerakaMu..bahkan ku juga merasakan diriku tidak layak untuk ke syurgaMu kerana merasa hinaNya diri ni akibat dosa-dosa yang lalu..ampunilah hambaMu ini..
terimalah taubatku..

Segala nikmat yang Allah berikan tidak akan ku sia-siakan..
terutama seketika dulu Allah telah membuka pintu hatiku untuk melangkah masuk ke dunia Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu..

walau dimana diriku melangkah menuju medan ilmu..MMP sentiasa berbangga dihati..kerana MMP sentiasa mencipta sejarahnya yang tersendiri..
walaupun diriku tidak diiktiraf sebagai pelajar cemerlang..tapi MMP telah berjaya membentuk diriku sehingga menjadi seorang yang berguna dan bekerjaya sebagai Jururawat Kerajaan Malaysia..banyak kenangan yang tidak dapat diriku lupakan sepanjang bergelar pelajar MMP..segala kesusahanku disana tidak sia-sia..

Subhanallah..rindu sungguh diriku padamu MMP..tidak dilupakan juga kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan terutamanya shida,aini,mira,tihah,k.zakiah,aida,che,zati,aina dan ramai lagi..(maap tidak dapat sebut semuanya..tapi kalian tetap dalam ingatan)..

(bersama sahabat seperjuangan ahli briged bakti)


(kem briged bakti di pasir mas selama 5hari)


(jalan-jalan bersama sahabat)


(pernah memegang jawatan naib pengerusi kelab redaksi MMP)

Sepanjang 5tahun berada di MMP..macam-macam program yang telah dianjurkan..dan salah satu program yang tidak dapt diriku lupakan adalah TAMRIN..program ini diadakan selama 3 hari 2 malm dan biasanya dilakukan pada hari khamis sehingga sabtu..ingat lagi..tiap kali pergi program n xsabar-sabar nak balik..sebab program ni SYADID sangat..malas nak layan para DHOBITAH yang skema..hehe..tapi alhamdulillah..kerana program ni juga mengajar diriku perlunya untuk QIAMMULLAIL..berjemaah bersama rakan-rakan..kadang2 terlelap pun pernah juga..hehe..semuanya kenangan manis..sukar untuk diriku lupakan..dapat untuk TARBIAHKAN diri..sesungguhnya MMP banyak mengajar diriku kepentingan Islam dalam menjalani kehidupan seharian..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments2

Ruang Dosa di Facebook


Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)

Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Berubahlah Kerana Allah


Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut.
"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya."
Namun, adakah kita berubah itu mengikut perubahan semasa ataupun memang kita hendak berubah demi kebaikan bersama?
Jelas apa yang kita lihat sekarang, kebanyakan di antara kita, berubah mengikut perubahan semasa. Jika mengikut trend yang happening sekarang contohnya k-pop band, ramai di antara kita mula mengikut jejak langkah mereka dengan berpakaian, bergaya, bercakap seperti mereka. Namun adakah perubahan tersebut hanya untuk kepuasan sendiri ataupun untuk mendapat redha Allah semata-mata?
Jika kita mengikut konteks peradaban dunia sekarang, mungkin ramai akan mengata, kita bukanlah seorang yang "up to date" atau tidak mengikut trend sekarang dan pelbagai lagi trend yang ada. Malah tidak sedikit pula yang akan menganggap kita sebagai mundur ke belakang jika tidak peka dan ikut dengan peredaran zaman yang sentiasa berubah.
Alhamdulillah, pada yang masih berpandangan jauh dan bijak'sana' lebih melihat daripada sudut pandangan yang jauh. Pandangan mereka bukan setakat senario yang bakal berlaku di 'sini' tetapi lebih melihat kepada senario dan kesan di 'sana' iaitu di alam yang lebih kekal tiada yang fana. 
Perkara sebegini dipandang ringan oleh kerana mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT apabila hendak berubah. Maka kefahaman mereka terhadap perubahan inilah - berubah kerana Allah akan membawa hati mereka lebih cenderung dalam mencapai nikmat iman dan redhaNya.
Demikianlah bagi mereka yang berubah bukan kerana Allah. Perubahan yang hanya mengikut trend terkini tanpa ada terselit kerana Allah akan membawa hati mereka lebih jauh dari mengingati Allah. Perubahan demi kepuasan sendiri hanya sementara, tidak kekal.
Berubah kerana manusia, kita tak akan dapat apa apa faedah, dari segi agama, ilmu dan juga pemikiran. Manusia itu adalah kita, dan telah diterangkan oleh Allah SWT hanyasanya manusia itu hanyalah sekadar hamba yang disifatkan dengan lemah dan sering berputus asa. Maka, apakah yang bakal terjadi sekiranya perubahan itu kerana manusia, bukan kerana Allah? Fikirkan lah sejenak.

"Aku kena berubah, kalau tak putera idaman aku tak nak dengan aku lagi.. Dia nak aku pakai tudung."
"Kalau nak dapat suami soleh, aku mesti berubah jadi solehah."
"Ayah tak izinkan kamu keluar rumah kalau kamu gagal lagi kali ni"
Seringkali kita dengar, ramai di antara kita apabila bercouple, akan berubah semata-mata untuk mengambil hati pasangannya. Kononnya ingin menjadi seorang yang memahami apa yang diingini oleh pasangannya. Agar merasa sehati dan sejiwa. 
Ada pula yang teringin untuk jadi muslimah yang terbaik buat isteri demi lelaki pilihan, nak jadi anak yang soleh demi kebahagiaan keluarga, nak jadi student yang cemerlang demi Dean List dan bermacam macam lagi. Hakikatnya perubahan itu hanya semata-mata kerana manusia. Berubah hanya untuk mencapai apa yang diinginkan di hati. 
Perlulah difahami, niat untuk berubah amatlah senang kerana niat itu hanyalah lintasan hati. Namun, untuk merealisasikan apa yang diniatkan perlunya suatu tindakan.
Jika niat itu semata-mata kerana Allah SWT,  dan apabila azam itu telah tertanam seiring dengan niat yang ada, insyaAllah kita dapat berubah. Yakinlah sesuatu niat yang hanya dipersembahkan semata-mata kerana Allah sudah pastilah akan mendapat petunjuk dan bantuan dariNya.
Namun, jika berubah kerana manusia dan untuk manusia, siapa yang akan memberi petunjuk kepada kita sedangkan manusia itu  (yang kita berubah kerananya) juga memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.
Kesimpulannya, berubahlah kerana Allah SWT semata-mata untuk meraih redhaNya. Lakukanlah perubahan itu secara terus kepada Allah tanpa memerlukan orang tengah iaitu manusia lain untuk kita berubah. Buat kerana Allah pasti akan kekal akan tetapi jika kerana manusia, akan sia-sia dan bersifat sementara.
Jika takut untuk diterima masyarakat, usah risau dan gelisah kerana kita berubah untuk kebaikan bersama. Jangan takut kepada masyarakat kerana mereka adalah makhluk namun takutlah kepada Allah SWT kerana dia adalah Pencipta Agung kita.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " 
(Surah Ar-Rad ayat 11)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Jiwang Karat Bersalut Islamik..


Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".
Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!

Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

"Argghh! Please, jangan berani-berani tengok Gangnam Style!"


"Argghh! Please, jangan berani-berani tengok Gangnam Style!"
Ya. Itulah yang terlintas di hati ketika pertama kali melihat Oppa Gangnam Style yang semakin dikenali sekarang ini. Pada mulanya, buat endah tak endah. Buat-buat tidak tahu. Sebab namapun pelik. Tapi, bila ramai orang selalu sebut pasal ni, stiap kali online ada saja yang borak-borak pasal ni, maka mulalah jari ini gatal-gatal mengklik perkataan Gangnam Style dalam peti yang disediakan oleh uncle google.
Yeaahh. Terus masuk ke YouTube.
Taarraaaaaaaaaaaaa.. haa ambek kau!
*gambar aksi gangnamstyle
"Ohhhhh! Ini rupanya. Eysh, geli.
Apa yang special? Mengapa diikut trend yang gila-gila ini?"
Rasa menyampah? Satu lagi elemen perosak datang menerjah.
"Hmm.. habislah aku dan kawan-kawanku."
Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah melihat aksi gangnam style ini, saya nasihatkan janganlah tengok. Jangan tengok. Bahaya! (hurm.. kalau larang macam ni, kompem ramai yang akan tengok juga. Biasalah.. Remaja 'Ingin tahu'..)
"Bahaya? Mengapa pulak?"
Yups. Seriously bahaya! Apabila anda melihatnya, Virus OppaGangnamStyle (OGS) akan menyerang diri anda. Virus itu sangat licik dan kuat! Kalah Virus Trojan! Saat mata-melihat dan telinga-mendengar bergabung menghayati aksi OGS yang ditunjukkan, tangan anda akan mula bergerak-gerak, bersatu dan dihayun-hayun. Kaki pula akan terkangkang, terjingkit-jingkit. Terkedek-kedek macam itik. Gayapun lucah. Meloyakan. Huuuhh.. sekejap saja, terus berjangkit!
Kalau anda berjaya untuk mengelak daripada virus itu sekalipun, saya percaya selingan lagu yang rancak itu pasti akan menyelinap masuk ke dalam memori otak anda. Beberapa lirik yang entah-apa-maksudnya akan dihafal secara tiba-tiba. Mulut juga akan tergerak untuk menyanyi secara tiba-tiba. Sama-sama menyebut "Oppa Gangnam Style!" seiring mengikut rentak.
Hebatkan virus OGS? Maka.. janganlah tengok.
Kalau berdegil sangat, mahu tengok juga, maka saya nasihatkan sebelum melihat aksi gila-gila itu, mohonlah perlindungan Allah SWT daripada Syaitan yang direjam dengan membaca Ta'awuz berulang-ulang kali.
"Aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam."
Diharapkan semoga ayat yang dihayati itu (Bukan sekadar sebut di bibir) mampu menjadi protector untuk melawan virus OGS tersebut.
Kemudian, apabila melihatnya.. lihatlah dengan pandangan hati. Jangan lihat dengan pandangan nafsu. Beristighfarlah banyak-banyak. Mohon keampunan daripada Allah. Pastikan kita termasuk dalam golongan yang mengatakan;
"Ini akhlak buruk! Tidak boleh dicontohi!
Rasulullah tidak pernah ajarpun!"
Persediaan Antivirus untuk Diri
Begitulah. Mahu tidak mahu, kebenaran wajib ditegakkan! Pahit? memang pahit. Kepahitan yang terpaksa ditelan ini diharapkan mampu menjadi penawar untuk penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Terutamanya golongan remaja. Mudah saja virus-virus yang merosakkan akhlak masuk ke dalam darah anak muda masa kini.
Perhatikanlah di sekeliling kita. Budaya-budaya yang menjatuhkan moral sudah mula diikuti oleh golongan remaja. Trend-trend yang pelik-pelik mula diminati. Penampilan diri yang luar biasa pelik juga mula digayakan dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Paling teruk, gaya hidup islam dikatakan kuno. Tidak moden. Semakin dipinggirkan. Aduh..
Akhlak diri pula, semakin hari semakin jauh daripada nilai-nilai islam.
Semuanya kerana apa? Kerana ramai remaja telah jatuh sakit. Terkena virus-virus N&S (Nafsu dan Syaitan).
Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk diri saya, periksalah kesihatan akhlak kita sekarang.
Ketahuilah bahawa Virus-virus N&S dan yang sewaktu dengannya sedang menular ketika ini. Merebak. Merebak. Dan terus merebak tanpa henti. Bukti yang paling jelas, tepat dan terkini ialah Virus OppaGangnamStyle. Apabila kita lihat YouTube, bilangan orang yang menyaksikan Gangnam Style sudah mencecah lebih 100 juta. Tengok? Banyak tuuu.. kalau anda share dgn kawan-kawan, bertambah teruklah jadinya. Akan ramailah kawan-kawan yang akan jadi mangsa.
Jika anda sayangkan diri, keluarga, kawan, jiran dan masyarakat sekililing, jangan share video tersebut. Ketahuilah, setiap share membawa padah.
Yang paling penting, apabila tertengok video itu, jangan sesekali terdetik di hati mahu melakukan aksi yang sama. Jangan berani-berani menggenggam tangan anda. Pastikan sentiasa terbuka. Jaga kaki anda betul-betul. Jangan biarkan terkangkang tanpa disedari. Ini amaran awal!
Jika tersilap langkah, confirm virus itu akan menyerang tanpa henti. Tabiat anda selaku manusia normal akan berubah. Tidak lagi normal. Anda akan menari dengan tangan-digenggam-dihayun-hayun-ke-hadapan-sambil-menyebut-OppaGangnamStyle. Lebih-lebih lagi kalau ada rakan yang menyokong dan melakukan gaya yang sama, maka aksi anda menjadi jauh lebih meletop. Kadang-kadang beruk dan monyet pun terasa cemburu sebab tak pandai buat macam anda.
Begitulah kehebatan virus OGS apabila berjaya menarik nafsu manusia. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kelompok yang cepat terpengaruh dan dicemburui oleh beruk-beruk di luar sana.
Sebelum virus-virus N&S yang lain datang menyerang, persiapkanlah diri dengan antivirus yang kuat. Apa antivirus yang kuat dan berkesan?
"IMAN" bukan sekadar percaya Tetapi Yakin
Ya. Keimanan kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Itulah antivirus yang paling berkesan. Tidak ada yang lain. Walau sebanyak manapun virus yang datang, walau sekuat manapun virus yang menyerang, "IMAN" akan menjadi antivirus terbaik untuk melawan. Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang beriman. Namun, bukan sekadar 'percaya' tetapi 'yakin' hanya Allah dapat memelihara kita daripada virus-virus tersebut.
Orang-orang beriman sahaja yang mampu memiliki sistem pertahanan diri yang mantap! Buktinya, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sebarang perkara yang merosakkan. Apa-apa aktiviti yang tidak bermanfaat lagi sia-sia terus ditinggalkan. Benda lagho dibuang ke tepi. Tidak dilayan.
"Biar betul?"
Ya. Betul. Allah SWT sendiri mendedahkan rahsia ini.
"Sesungguhnya menanglah (berjayalah) orang-orang yang beriman.Yang khusyu' dalam solatnya. Dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda lagho (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfeaedah).
(Surah an-Nur ayat 2-3)
Nampak kaitannya di situ? Jelas bukan?
OGS adalah amalan yang jelas-jelas merosakkan akhlak. Malah langsung tidak bermanfaat. Sia-sia. Maka orang-orang yang beriman pasti akan menjauhkan diri daripadanya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak ada antivirus IMAN yang mantap dan terbaik dari ladang, pasti akan sanggup mengikuti dan menyokong OGS tersebut.

"Apa bukti antivirus IMAN itu sudah ada dalam diri?"
Mudah saja. Apabila antivirus iman sudah dimasukkan ke dalam diri, perasaan aneh akan muncul serta merta. Otak, jantung, paru-paru, hati, tulang belakang dan seluruh anggota badan akan mula merasakan sesuatu yang sangat luar biasa. Apa yang dirasa?
"ketenangan".
Ya, ketenangan yang terhasil melalui antivirus Iman yang membuahkan rasa cinta kepada Allah. Apabila diri sudah jatuh cinta dengan Allah, segala-galanya sanggup dilakukan. Demi cintaNya.. apa yang Allah suruh, bersungguh-sungguh dikerjakan. Apa yang Allah larang, bersungguh-sungguh ditinggalkan. Itulah ketenangan yang betul-betul membahagiakan. Apabila Allah datangkan ujian, diri akan mampu menempuhnya dengan sabar dan syukur.
Berbalik pada OGS tadi, kemunculan gaya gila-gila OGS merupakan ujian buat kita semua. Sama ada kita kalah lalu terikut-ikut atau kita menang lalu terselamat, semuanya bergantung kepada antivirus IMAN. Bagi orang-orang yang beriman, ujian ini merupakan perkara biasa dalam hidup mereka. Mereka tahu bahawa bahawa kekuatan cinta mereka terhadap Tuhan mereka sedang diuji.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 
(Surah ayat 2-3)
Oleh sebab itu, apabila ujian virus OGS datang, mentah-mentah orang beriman akan menolaknya dan mengiktiraf bahawa gaya ini bukan gaya yang disukai Allah. Bukan gaya yang patut dicontohi. Kerana mereka sudah yakin bahawa akhlak yang terbaeek untuk diteladani adalah akhlak rasulullah SAW.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." 
(Surah ayat 21)
Sama-samalah kita pelajari dan mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah baginda. Mudah-mudahn kita termasuk dalam golongan yang mencintai peribadi baginda SAW. Bukan mencintai budaya dan cara hidup yang selainnya. Kerana di akhirat kelak kita akan bersama dengan orang-orang yang kita contohi dan sayangi.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
""Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut" 
(Riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath)
Rasulullah SAW bersabda lagi;
"Seseorang itu akan bersama orang yang cintainya di akhirat kelak." 
(Riwayat Imam Bukhari)
Jelas bukan? Ya.. cukup jelas.
Mahu ikut Rasulullah atau GangnamStyle? Atau Korea-korea? Atau selainnya?
Pilihan di tangan anda!
Akhir sekali, hayatilah firman Allah 'Azza Wa Jalla ini;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesebuah kaum itu selagi mana mereka tidak mengubah keadaan mereka sendiri." 
(Surah ar-Rad ayat 11)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Cinta tidak kenal siapa...


"Mahukah engkau menjadi isteriku?" Soal Azman.
Azrina yang mendengar lontaran soalan itu terkejut sebentar. Dia tidak menyangka soalan itu akan muncul dalam ruang nafas waktunya.
Azman mula berkenalan dengan Azrina ketika dia belajar dan bekerja di salah sebuah bengkel di Negeri Sembilan sejak beberapa tahun yang lepas. Azman begitu serius dan bertekad untuk menikahi Azrina agar menjadi isteri yang sah sebagai pendamping hidupnya selepas ini.
Akhirnya, Azrina telah membuat keputusan dan bersetuju untuk menjadi isteri kepada Azman. Mereka tahu bahawa keputusan ini agak sukar kerana risau akan menjadi perhatian umum masyarakat kelak.
Tetapi, kerana inginkan hubungan yang halal dan cinta yang diredhai Allah SWT mereka nekad dan bersepakat untuk melalui kesusahan yang bakal dihadapi bersama-sama.
Tidak perlu didengar kata-kata serong orang.
Tidak perlu terasa ejekan menyindir.
Tidak perlu ditangisi senyuman sinis.
Kerana setiap kesusahan pasti ada kesenangannya nanti.
Setelah beberapa bulan, maka, berlangsunglah majlis perkahwinan di antara Azman dan Azrina. Majlis yang diadakan tersebut cukup sederhana. Semuanya berjalan dengan lancar sekali.
Kebetulan, seorang wartawan tempatan turut berada di majlis mereka memandang majlis perkahwinan tersebut serentak dengan jamuan hari raya Aidilfitri anjuran sebuah persatuan bengkel tempat Azman bekerja.
Pada mulanya, wartawan tersebut hanya hadir atas jemputan pihak persatuan untuk mendapatkan maklumat dan liputan semasa majlis tersebut agar dapat dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan pada keesokan harinya. Tetapi, entah mengapa dia juga amat tertarik dengan majlis perkahwinan Azman dan Azrina.
Ada sesuatu yang istimewa.
Usai majlis perkahwinan dan jamuan hari raya Aidilfitri, wartawan tersebut terus berjumpa dan sempat bertanyakan soalan kepada Azman.
"Tahniah atas perkahwinan anda berdua," wartawan tersebut memulakan bicara.
"Tetapi, sudahkah encik berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan ini ? Tidak risau ke dengan pandangan masyarakat sekeliling nanti ?" wartawan tersebut meneruskan bicaranya lagi.
Wartawan tersebut terkesan dihatinya apabila Azman menjawab soalan yang ditanyakan olehnya.
Siapa sangka soalan itu dijawab oleh Azman dengan senyumannya yang melebar.
Menampakkan keikhlasannya menjawab.
"Kami hanya cacat anggota, tetapi hati kami tidak cacat. Sama seperti insan normal yang lain, kami mahu disayangi dan dicintai. Sebab itu saya nekad mendirikan rumahtangga walaupun sedar keadaan diri tidak sempurna," kata Azman yang kini berusia 32 tahun.
"Saya memberanikan diri melamar Rina (Azrina). Dia terkejut dan tidak menyangka hubungan kami berakhir ke alam perkahwinan memandangkan keadaan fizikal yang dikhuatiri akan menyukarkan hidup untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri," sambung Azman.
Rupa-rupanya, Azman lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas demam panas ketika berumur setahun. Perkenalannya dengan Azrina yang juga cacat anggota kaki empat tahun dulu menyemai bunga kecintaan sehingga bergelar suami isteri yang sah kini.
Cinta ini tidak mengenal siapa dan bagaimana keadaan orang itu. Apabila datangnya kesungguhan, maka, bersiap sedialah untuk mendambakan cinta yang ikhlas dan mengharungi segala onak dan duri bersama-sama. Sabar menempuh jalan dalam mengharungi ujian Tuhan.
Hanya doa itu yang menjadi penguatnya. Seringkali dilafazkannya. Doa dari al-Quran :
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
(Surah al-Furqan ayat 74)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Engkau Inginkan RedhaNya Tapi...



Duhai diri.. ada sedikit pesanan buatmu..
kau kata kau nak cari redha Allah..
Betulkah?
Betulkah kau nak cari redha Allah?
Kalau betul.. kenapa kau tidak serius?
kenapa kau masih bermalas-malas?
kenapa kau masih berlemah-lemah?
kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan?
kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan?
kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh?
kenapa? kenapa dengan hatimu?
Tanya kembali hatimu..
Betulkah kau mahu redha Allah?
Betulkah kau mahu cinta kasih-Nya?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar 'mahu' yang keluar di bibir.
Hanya cakap-cakap biasa. Omong kosong.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan.
kau betul-betul mahu bukan? maka buktikanlah..
Buktikan pada siapa?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya.
Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.
Bila?
Bermula pada detik ini. Saat ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi.
Sudah berlalu masa yang panjang dalam kehidupanmu.
Apakah ingin kau teruskan hidup tanpa kesungguhan mencari redhaNya?
Cukuplah.. cukuplah masa lalu yang sia-sia itu.
"Inilah masanya!"
Hayatilah bagaimana Allah 'Azza Wa Jalla memujuk kita untuk serius dalam mencari redha-Nya.
Firman Allah;
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk hati mereka mengingati Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang telah diwahyukan? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik(derhaka)"
(Surah al-Hadid ayat 16)
Tidakkah dirimu memahaminya?
Mengapa kau menangis? Menyesali dirimu?
Sudahlah..
Kesat air mata sesalmu dan mulakan langkahmu.
Bergeraklah mengatur dunia yang sementara ini.
Bergeraklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Agar dirimu menuju Siratul Mustaqim.
Jalan lurus yang penuh duri dan rintangan.
Jalan lurus yang ditempuh sekalian kekasih-Nya.
Jalan lurus yang membawa ke Syurga-Nya.
Allah yang ingin kita cintai telah menetapkan bahawa itulah jalan yang mesti ditempuh oleh semua kekasih-Nya..
Firman-Nya lagi;
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(Surah al-Baqarah ayat 214
Bergeraklah.. dan teruskan bergerak.. Biar dirimu menjadi khalifah yang serius mengabdikan diri kepada-Nya. Hanya kepada-Nya
Pada saat hatimu bersuara;
"Aku Hamba Allah yang mahu menjadi Kekasih-Nya."
Maka buktikanlah..
"Ya Allah.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus itu.. Berilah aku kekuatan dan petunjuk dalam mengusahakan kehidupanku keranaMu.. Agar pengakhiran hidupku beroleh  Rahmat keredhaan daripadaMu.." Amin ya Rabbal 'Alamin...

petikan dari http://www.iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

mY nEw bLoG-bertukar wajah..


alhamdulillah..
akhirnya siap jgk new blogger n..dari kul 3pg smpai 7stgh pg siapknny..xtdo pun xpe..aslkn bebaloi..huhu

rs lbih tenang biler tgk blog n bbndg sblm n..bkn ap..sblm n byk sgt post2 smthng yg blh mnybbkn diri btmbh dgn dosa..malu bler difikirkan..syukran kps shbt http://www.iffat-altamis.blogspot.com/ krn sdkit sbyk mmbri ksdrn tntg ap yg hrus dlakukn jk kte ingin pnya blog..syukran ya..

insyaAllah..slps n aknku cbe updte dgn bnda2 yg lbih mnfaat u dikongsi ngn para sahabat yg sudi mngikuti perkembgn blogger n..

maapkan kslhn slma n..
yg buruk sumenya dari sy..
yg baek sume dari Allah SWT..
syukran sudi baca blog n..
piccsssss..:p
wslm...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Bila Saya Ditolak.




Hari itu tenang sahaja. Saya masih ingat, ketika itu adalah sekitar bulan September tahun 2009. Tahun di mana saya pertama kali menjadi penulis buku. Buku saya dan novel saya yang pertama terbit pada tahun itu, bulan April, di Kuala Lumpur International Book Fair. Novel VT dan Buku Motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Saya ketika siang hari itu, telah mendapat SMS daripada Ibu perempuan yang saya cintai, bahawa dia akan menghubungi saya pada petangnya, waktu Jordan.
Semasa dalam perjalanan pulang dari kelas, saya berbicara dengan sahabat serumah saya:
“Mak perempuan yang aku cinta, nak call aku malam ni.”
Kawan saya itu bergurau: “Alah, mak dia aja yang minat dekat engkau. Anak dia tu nanti reject kau!”
“Hish, janganlah cakap macam itu.” Saya menyiku sahabat saya.
Kami ketawa.
Panggilan Itu Adalah Panggilan Duka.
Apabila hendak berbicara dengan Si Ibu pada petang itu, rumah saya sedang sibuk menguruskan makanan untuk program hari raya aidilfitri pelajar Malaysia di Jordan. Kami buat program hari raya lambat sedikit. Sudah hampir berakhir syawal, baru buat. Saya duduk di dalam bilik, tidak mahu menganggu rakan-rakan di ruang tamu yang sedang bertungkur lumus membungkus makanan.
Saya tidak pernah berhubung dengan perempuan yang saya cintai sebelum itu. Saya hanya berhubung dengan Ibunya. Itu membuatkan hubungan saya dengan Ibunya rapat. Walaupun banyaknya, kami tidak bercakap perihal anaknya pun. Saya pun segan nak tanya-tanya. Sudah cakap suka sekali, sudahlah kan.
Tetapi sembang pada petang itu rasa aneh. Si Ibu ada nada serba salah.
Sebelum itu, surat dari Malaysia baru sampai. Surat yang dikarang oleh Si Ibu. Menyatakan bahawa, dia ingin nak bertanya kepada anaknya akan saya. Saya tidak sempat nak karang surat baru, untuk menyatakan tidak perlu. Saya risau. Umur perempuan yang saya cintai itu masih muda. Tetapi belum sempat mengarang surat baru, Si Ibu sudah menghubungi saya.
Dan semasa sembang-sembang itu, sampailah kepada ‘tujuan sebenar menghubungi’ saya pada hari itu. Rupa-rupanya, Si Ibu sudah bertanya kepada anaknya.
“Dia kata, dia tak mahu Hilal jadi suaminya.”
Saya diam banyak selepas itu. Si Ibu yang berbicara panjang, menenangkan saya. Saya mendengar sahaja, dan kadangkala saya kata: “Tidak mengapa. Ok sahaja. Makcik jangan risau.”
Sembang-sembang itu berakhir dengan Si Ibu itu mendoakan saya. Saya diam sahaja. Masa itu, katil saya di tepi tingkap. Saya cuba melirik langit petang. Jiwa saya rasa seperti sedang ditebuk-tebuk.
Sakit.
Ketika itu, rakan serumah saya yang bergurau siang hari tadi masuk ke dalam bilik.
“Ha, macam mana? Bila kahwin?” Dia menyakat.
Saya memandangnya. “Kena reject la.”
Kawan saya ketawa. “Janganlah gurau. Macam mana?”
Saya tersengih kelat sahaja masa itu. Geleng. “Tak tipu. Kena reject.”
Masa saya lihat wajah sahabat saya, saya dapat lihat dia serba salah.
“Eh, sorry weh.”
“Tak ada apa-apa.”
Dan saya keluar bilik, membantu rakan-rakan menguruskan makanan. Ketika itu, rakan-rakan semua jadi tahu saya kena reject. Yang buat saya terharu, semua cuba menenangkan di saya.
“Bunga bukan sekuntum Lal.” Senior saya yang turut membungkus makanan menenangkan.
Saya hanya mampu diam dan tersenyum. Buat-buat ketawa sekali-sekala.
Jiwa saya? Sakit.

Menghadapi Perasaan Itu.
Saya seperti tidak mampu hidup. Ya. Saya merasai perasaan sedemikian.
“Seperti mayat hidup.” Itulah yang saya sering ulang kepada diri saya.
Saya yang merupakan AJK Majlis Hari Raya ketika itu, melalui majlis itu dengan wajah yang sebentar ceria(kala orang ramai memandang), tetapi bila saya duduk sendiri, saya termenung panjang hingga disedarkan sesiapa.
Saya seperti tidak nampak masa hadapan beberapa hari selepas itu.
“Habis, aku nak kahwin dengan siapa? Takkan bujang sampai tua?” Pernah keluar daripada mulut saya.
Sehari dua itu, yang berdendang dalam komputer saya adalah lagu-lagu sedih. Saya pernah nak happykan diri saya dengan tengok drama Jepun, tetapi drama Jepun itu pun ada ceritakan yang watak lelakinya kena tolak. Saya masih ingat saya menangis bila tengok drama itu.
Bila saya tidur, saya sentiasa berharap agar saat saya bangun, semua yang saya hadapi adalah mimpi.
Lemah. Perit. Sakit.
Jiwa rasa terseksa. Seakan-akan tersepit.
Untuk beberapa hari, begitulah yang diri ini rasakan.
Tetapi untungnya diri ini, adalah apabila mengikuti tarbiyah.
Saya adalah yang mengikuti usrah. Bahkan, saya sendiri ada menguruskan beberapa usrah.
Beberapa hari selepas direject, usrah mingguan saya berjalan. Saya mengadukan masalah saya kepada sahabat seusrah.
“Kadangkala, benda-benda macam ini jadi sebab Allah mahu kita tingkatkan diri kita lebih lagi.”
Ya. Begitulah sahabat saya sebut kepada saya. Mengetuk jiwa saya. Membuatkan kabut gelap dalam diri sebelum itu, seakan pecah sebentar untuk memberikan saya peluang melihat cahaya.
Tingkatkan diri lagi.
“Kadangkala, benda macam ini, perlukan masa Hilal. Kena ingat balik, kenapa bercinta.” Seorang lagi sahabat mengingatkan.
Perlu ingat balik kenapa bercinta. Ya. Ketika itu saya mula teringat apakah makna cinta pada saya. Cinta, adalah ingin bersamanya ke syurga. Jadi, mustahil peribadi seorang yang hendak ke syurga, selemah ini?
Bila putus cinta, mahu merasa seperti hendak mati. Seakan tidak bermakna hidup.
Apakah itu peribadi manusia yang hendak membawa seseorang ke syurga?
Selepas itu saya tersedar.
Dan bangkit.

Bukan Mudah. Tetapi Bukan Mustahil. Dunia Belum Berakhir.
Bukan mudah. Benar.
Tetapi perlu diingat, bukan mustahil.
Memang ada masa, mengalir juga air mata ini bila terkenangkan diri ditolak. Tetapi sebagai seorang lelaki yang berhajat ke syurga Allah SWT, yang memegang makna cinta yang luar biasa, saya perlu kuat untuk memecahkan paradigma cinta yang biasa dijaja.
Putus cinta kelar tangan. Putus cinta jadi orang jahat. Putus cinta terjun bangunan. Putus cinta pergi serang orang yang tolak. Putus cinta hidup jadi celaru. Dan sebagainya, yang dijaja oleh dunia hari ini, yang mewarnakan wajah cinta. Saya, perlu membuktikan bahawa cinta bukan sedemikian!
Jadi, ‘bersamanya ke syurga’ bukan bererti saya dan dia jadi suami isteri untuk ke syurga. Tidak semestinya. Asalkan dia dan saya berada di dalam syurga, itu maksudnya. Jadi, tugas saya yang sudah di’reject’, adalah meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak pula menganggunya.
Maka saya teruskan kehidupan. Saya luaskan pandangan saya terhadap dunia.
Ya, saya kena reject. Tapi saya masih ada sahabat-sahabat serumah, rakan-rakan usrah, senior dan junior, Ummi Abah dan adik beradik, serta dunia penulisan saya. Bahkan, saya masih ada Allah SWT untuk saya abdikan diri, saya masih ada tanggungjawab dakwah untuk diteruskan lagi. Di situlah saya fokuskan kehidupan saya.
Meluaskan pandangan terhadap kehidupan. Satu perkara yang penting, crucial, apabila cinta ditolak atau putus cinta. Mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita dari tidak bersemangat dan sebagainya.
Bukan tidak boleh bersedih, menangis, merasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.
Tetapi jangan lupa, tujuan hidup kita di atas muka bumi ini bukan untuk ‘mendapatkan seorang lelaki/perempuan’. Tetapi adalah untuk mengabdikan diri di atas muka bumi ini.
Jadi, cinta yang sebenar, jika kita benar mencintai seseorang itu, maka bila dia reject kita, kita doakan kebahagiaan buatnya. Dan kita teruskan kehidupan kita, dengan tidak lagi menganggu kehidupannya.
Itu yang sepatutnya kita lakukan!
Maka, pandanglah peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.
Palingkanlah wajah kita kepada Allah. Mungkin putus cinta, cinta ditolak, adalah panggilanNya untuk kita lebih merapat kepadaNya, membersihkan diri dan menjadi hambaNya yang lebih baik lagi.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.
Mungkin kita kena reject kerana dosa kita. Kerana akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Menyebabkan Allah tangguhkan dahulu kebaikan buat kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji kita, agar kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?
Positif. Bersangka baik kepada Allah!

Penutup: Dan Tiga Bulan Berlalu.
Selepas itu, walaupun saya kadangkala teringat akan perempuan yang saya cinta, tetapi alhamdulillah, saya melalui kehidupan dengan baik. Tidak tension. Tidak lemah. Bahkan tahun itu adalah antara saat yang saya mendapat keputusan peperiksaan terbaik sepanjang saya berada di universiti. Saya sibukkan diri saya dengan menghasilkan karya demi karya, buku demi buku. Saya juga menyibukkan diri saya dengan merapati junior-junior yang baru datang ke Jordan ketika itu.
Dan alhamdulillah apabila direject, saya dapat menyelami perasaan orang lain yang direject, lantas dapat membantu mereka. Itu antara hikmah mengapa Allah beri saya rasa direject.
Tiga bulan berjalan selepas itu. Saya direject sekitar September 2009. Pada 16 Januari 2010, bertepatan dengan tarikh lahir saya yang ke-21, saya keluar dengan junior-junior untuk meraikan hari lahir saya. Saya rasa sangat bahagia, dan tenang. Saya tidak lagi memikul beban merasa ‘ditolak’, bahkan sampai satu tahap saya rasa bersyukur ‘ditolak’.
Malam itu, selepas makan-makan di luar, adik-adik semangat mahu menonton ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’, dan kebetulan, ada di dalam komputer saya. Saya mengajak mereka bermalam di rumah saya ketika itu. Kami sama-sama menonton kisah itu. Sibuk adik-adik memuji kecantikan pelakon-pelakonnya, sambil saya asyik tergeletek dengan ulah mereka.
Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Ada panggilan dari Malaysia. Malaysia ketika itu sudah siang, berbeza dengan Jordan yang menjengah pagi buta.
Ibu perempuan yang saya cinta, membuat panggilan.
Saya masih baik dengannya. Masih bertukar khabar. Begitu juga dengan adik beradik perempuan yang saya cinta. Saya masih kekal bersahabat dengan mereka. Bukan berniat hendak mendapatkan semula perempuan yang saya cinta, tetapi itulah dia ‘code’ saya. Cinta kepada perempuan itu, satu hal. Manakala hubungan dengan keluarganya, satu hal lain. Saya tidak campurkannya. Bukannya saya membina hubungan baik dengan mereka untuk dapatkan perempuan itu. Hubungan yang baik adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Mengangkat panggilan itu, Si Ibu mengucapkan Selamat Hari Lahir. Saya jangka, itulah tujuan panggilannya. Kemudian, Si Ibu berkata:
“Hilal, makcik ada hadiah ni.”
“Iya? Hadiah apa makcik?”
“Anak makcik dah terima Hilal.”
“Ha? Yak ke ni Makcik?”
“Iya. Dia sendiri yang cakap.”
Dan selepas itu, saya terus sujud syukur, dan meluru ke bilik, berkongsi gembira dengan junior-junior.
“Ini berkat kami la ni Abang Hilal.” Salah seorang menyakat.
Tetapi saya sendiri tidak tahu, bahawa penerimaan itu, adalah pembuka kepada ujian-ujian yang baru. Kita akan sambung dalam lembaran-lembaran yang lain, berkenaan hal ini.
Apa yang penting, luaskan pandangan.
Putus cinta, ditolak, bukan pengakhir kepada kehidupan.
Lepaskan terus, bila telah putus dan ditolak. Usah difikir lagi. Teruskan kehidupan.
Kita akan nampak, luasnya rahmat Tuhan.
“Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya(rahmat itu) bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” Surah Al-A’raf ayat 156.
Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?
Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.
Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0