Maafkan saya..setakat ini saja..


Jika lelaki itu adalah bakal imamku kelak..akan pasti dia tidak akan mengecewakan dan akan senantiasa menjaga hatiku...tetapi sekarang sudah terbukti yang bahawasanya dia tidak mampu untuk menjaga hati apatah lagi untuk memikul tanggugjawab sebagai seorang suami..

Kerana bukan sekali saya memberi peluang untuk dia memperbaiki diri..saya cuba membantu sedaya diri untuk dia cuba berubah dan kembali ke jalan kebenaran yang sebenar-benarnya..tapi benar kata salah seorang dari sahabat saya..bicaranya "tidak salah untuk bantu dia kembali ke jalan yang Allah redha..cume saya risau..awak perempuan,dia lelaki..umpama awak yang tidak pandai berenang tapi cuba menyelamatkan manusia yang lemas..saya takut awak turut lemas nanti.."..

Malam ni sudah terbukti bahawa dia tidak mahu untuk cuba kembali ke pangkal jalan..saya tidak sanggup untuk teruskan lagi..cukup setakat ini saja perjuangan saya..maafkan saya..saya tidak sanggup lagi..mungkin saya belum bersedia untuk menyelamatkan aqidah manusia lain kerana aqidah saya masih banyak untuk diperbaiki..

Saya akan sentiasa doakan moga Allah bukakan pintu hati dia..temukan jalan yang diredhai..biar hati kita sentiasa dijaga oleh Allah..Allah tidak pernah tinggalkan kita..tapi kita yang selalu lupakanNya..ampunkan hamba2Mu ini ya Allah..

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment