adakah Allah menerima taubatku????

ya Allah...
betapa lalai aku dengan duniaMu..
betapa banyak dosaku sehingga malu untuk aku berhadapan dengan Mu..
STANZA CINTA...
sebagai pmbuka bicara tentang bgmna pintu hatiku tbuka untuk btaubat dan tidak melakukan lagi prkara2 yg Allah mungkari...
ya Allah..
aku ingin tenang..
jauh dari hidup seperti dulu..
hidup dengan dosa yang melupakan aku tentang kekuasaanMu..
dulu aku seorang yang suke melakukan benda2 yg Kau mungkari..
suke bergaul bebas,melakukan sesuatu luar dari tabi'ie..
tidak mjg khormtn dri sndri..
aku malu..malu dengan Mu ya Allah..
ya Allah..aku xsggp biarkn dri aku trus dlm kelalaian dunia yg hnya sementra..
kekalkn dri aku dengan sentiasa mengingatiMu..
agar aku tidak terjrumus diri aku seperti dulu..amin ya RAbbal Alamin..

SEORANG ahli hikmah berkata:

Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:

  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0