Diriku di bumi Kolej Kejururawatan Seremban/Kuala Pilah..


(KKS..dikenang)

Selepas diriku melangkah keluar dari Maahad Muhammadi Perempuan..dengan keputusan SPM pd tahun 2008 yang sederhana sahaja..diriku membuat keputusan untuk menerusi bidang pelajaran yang setaraf dengan kemampuan diri saja..bermacam2 tawaran cuba ku isi..takut terlepas peluang..spa8,maktab perguruan dan pengisian kemasukan UPU turut ku isi..dalam hati still mengharapkan dapat melanjutkan pelajaran ke tempat yang mempunyai pengajian agama seperti USIM,UIA dan UNISZA..tp pada mula diriku tiada rezki di tempat pengajian yang ku harapkan..

Allah SWT Maha Mengetahui apa yang baik untuk hambaNya..diriku mendapat tawaran spa8 terlebih dahulu..dan yang lain aku tidak berjaya..dan ku mendapat surat tawaran ke KOLEJ KEJURURAWATAN SEREMBAN..dan perasaan yang tidak rela hati aku melangkah pergi..

(hari kemasukan pelajar baru..papaku dan akak ku dalam gambar)

Sampai sekarang masih tidak lupa tentang sapanjang minggu orientasi untuk pelajar baru di KKS..yela..tak pernah berjauhan dari umi dan keluarga..boleh dikatakan agak SYADID juga..orientasi ni diuruskan oleh mtp kolej..senior yang garang..ada juga sahabat yang menangis sebab tak nak teruskan pengajian disana..
terhibur pula bila diingatkan kembali..seminggu selepas orientasi,ku dapat tawaran pelajaran dalam bidang nursing juga di UNISZA..tapi demi memikirkan keuntungan dan elak untuk menanggung hutang PTPTN,ku mengabaikan tawaran tersebut dan teruskan pengajian di KKS..

(Puan Tan..pengajar ECG kami..hehehe..jgn marah puan yer..)

Bila da naik sem 2..kami masih lagi tak dapat menjadi senior sebab intake selepas kami tidak ada..tapi ukhwah kami mula terbina..cuba bersatu demi melepasi kesusahan..yang paling diriku tidak boleh lupa adalah group kami menentang cara pembelajaran Puan Tan..dia mengajar kami cardivascular (CVS) yang tidak difahami..erti kata lain penyakit berkaitan dengan jantung..itu adalah subjek yang membuatkan kami sangat tension..kami cuba bawa bincang dan mengadu kepada pengajar kami yang lain tentang masalah kami..kesian pula rasanya pada Puan Tan..dia cuba untuk yang terbaik..tapi kami tetap tidak dapat memahami apa yang diajar olehnya..maapkan kami ye Puan..

                                                          (Group 2/2009 kks/kkkp)
Sebenarnya banyak sangat kenangan disana sampai tak tahu nak ceritakan yang mana satu..tapi nak diringkas cerita lagi..bila da naik sem 6..kami adalah super senior..tinggal 6 bulan saja lagi untuk menamatkan pengajian di KKS..lupa pulak..dah tak jadi kks da..tapi KKKP (Kolej Kejururawatan Kuala Pilah)..kami diminta balik ke kolej seminggu awal sebelum kelas bermula pada awal sem sebab kami diminta untuk berpindah kolej.bangunan .kolej asal kami di seremban dulu adalah hak hospital..so..nak taknak kena pindah juga..paling dibanggakan bila group kami cuba pindahkan kesemua barang yang ada kat kolej dengan tenaga  kami yang seramai 41 orang sahaja..bangga pula rasa..

Sekarang diriku bakal graduasi pada bulan 10 nanti..tak lama lagi kami akan dapat posting..tak tahu lagi penempatan kami WALLAHUALAM..cuma harap2 dapat dekat-dekat je ngan negeri asalku ni..

(KKKP yang berdiri megah)

terima kasih KKKP kerana melahirkan insan yang bakal bergelar staffnurse..insyaAllah moga-moga memberkati rezki yang Allah limpahkan keatas kami..tiada apa yang lebih baik melainkan Engakau melimpahkan kami rezki yang datang hasilnya halal..

  



semoga ketemu kita nanti pada hari kita bergelar graduasi ye sahabat-sahabat kalian..




(azuraida,suhaidah dan siti nazirah..rakan karibku)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Unknown said...

Tahniah kerana anda sudah bergelar graduasi
Alhamdulillah di medan inilh kamu berjuang dan menimba ilmu d cnh...
disini jugaklah tempat kebangkitan diri dlm meneruskan liku2 dan onak duri....tdk kira senang mahupun payah tetape tetap kamu menyelusuri....
sebagai teman, ku boleh ucapkan...gunakanlh ilmu semanfaat mana mungkin n bersyukur d setiap ketentuan allah berikan pd kita.
Malahan mengucapkan kesyukuran dan tanda terima kasih kepada guru2,ibubapa dan rakan taulan kita........
Mabbruk Alaik....teruskan perjalanan

Sn. Nurul Izzati Abdul Aziz said...

salam alaik..syukran ya..
walaupun pd mulanya msuk dalm bidang seni dgn keadaan terpksa..tp Allah da tetapkan rezki yang pd stiap hmbaNya..ini mgkin yg tbaik untuk sy trima..doakan kejayaan sya..syukran ats sokongan yang diberi..sy amt2 hrgai..

hudasharif said...

siyesli sgt rindu zaman klej!

Sn. Nurul Izzati Abdul Aziz said...

btl2..dlu bkn maen kite sume xsbr nk hbs tp ble da da hbs mula rindukn sume..xpe2..tp gred kte jmpa..

Post a Comment