HOSPITAL LIKAS di sabah..saya mula untuk berdikari..


alhamdulillah..sesudah konvokesyen di ulu kinta perak..hari sabtu yang lepas saya mula bertolak ke sabah dengan pengalaman yang pertama kali menaiki kapal terbang bersama pa,abg ijo dan kak siti..

Pada pukul 5.30 petang kaki saya mula pijak di dataran kapal terbang terminal 2 Sabah..perasaan sukar untuk saya ungkapkan..dalam fikiran masih terbayang2 wajah2 yang tersayang semasa meninggalkan mereka di lapangan terbang pengkalan chepa..bila agaknya saya boleh jumpa mereka lagi..

Hari isnin yang lepas memberi saya berita gembira..saya ditempatkan hospital yang saya inginkan..HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH..yang dikenali sebagai hospital LIKAS..tapi yang sedihnya saya terpaksa berpisah dengan rakan saya kak siti..kami sebenarnya sama2 ditempatkan di hospital Queen 1..tapi sebab untuk pembinaan..kami ditempatkan sementara di hospital yang sekarang..

Sepanjang tempoh orientasi di hospital..saya dapati matron2 dan sister2 sangat sporting..kami ada program mentor menti..harap2 saya dapat mentor yang diinginkan...amin..dan yang paling menggembirakan sehingga sekarang,saya mempunyai 3 rakan kerja yang baru..ain dari kolej muar,tia dan shu dari kolej ipoh..kami semua bakal housemate...moga ikhwah berkekalan abadi..

dan semalam..keputusan penempatan kerja diumumkan..dan lebih mengejutkan bila saya ditempatkan ditempat yang tidak pernah saya fikirkan..EMERGENCY..amat terkejut..saya tidak tahu apa yang bakal saya tempuhi..semoga Allah permudahkan segala urusan disini..

Hari ni hari raya..pertama kali saya beraya di sabah..amat jauh dari keluarga..amta merindui mereka2..sekarang saya dan rakan2 mula persiapkan diri untuk berada di apartmen university apartmen likas..jauh juga dari hospital..tapi terpaksa..bila gaji da mula ada,insyaAllah..saya akan cuba cari kenderaan untuk memudahkan saya untuk bekerja...

ya Allah..permudahkan segala urusanku disini..semoga hidupku sentiasa diiringi doa2 insan2 yang amat menyayangiku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment